Berniaga online bukan baru ... tetapi fenomenanya agak baru di Malaysia. Ramai yang berminat untuk berniaga di internet kerana kelebihan berniaga dari rumah yang umum rasakan lebih mudah dan kos-efisien. Apatah lagi khabar berita dari seberang laut yang dari masa ke semasa membuktikan perniagaan di internet boleh melahirkan jutawan pantas. Saya tidak mahu bicarakan isu jutawan internet kali ini, tetapi lebih kepada isu yang kerap saya baca di kedai-kedai kopi di internet @ forum - untuk berniaga online, patutkah saya berhenti kerja?
Sepintas lalu, dilema bakal peniaga internet adalah:
1. Jika saya berniaga online sambil bekerja makan gaji, cukupkah masa untuk menjalankan perniagaan online saya?
2. Jika saya berniaga online sambil bekerja makan gaji, mampukah saya terus menjalankan kerja pejabat saya?
3. Jika saya berhenti kerja dan berniaga online, mampukah saya menyara kos kehidupan/keluarga dengan pendapatan perniagaan online saya?
4. Jika saya berhenti kerja dan berniaga online, apakah jaminan bahawa perniagaan online saya akan membuahkan hasil dan menampung kehidupan keluarga saya?
DILEMA ...
Saya sendiri telah menempuhi fasa ini. Pilihan saya? -- berhenti kerja. Sukar, ya sukar ... kerana hidup anda selepas itu penuh dengan ketidakpastian. Berniaga ada jatuh bangunnya ... apakan jadi jika jatuh?
Bangun semula! Semudah itu? Pastinya tidak. Akan ada ketikanya anda rasa seperti terkapai-kapai di lautan ... tercari-cari arah ... tertanya-tanya jika pilihan anda untuk berhenti kerja dulu adalah tepat atau tidak. Dan jika anda tiada keinginan dan semangat yang tinggi untuk mencapai kejayaan di dalam perniagaan ... anda pasti bungkus idea anda untuk berniaga dan cuba-cuba kembali kepada kehidupan dulu, yang walaupun tidak seindah mana, tetapi tidak melarat.
Ya, pastinya makan-pakai anak-anak/keluarga perlu diutamakan ... jadi mungkin ada wajarnya untuk anda mencari pekerjaan & makan gaji semula - tidak ada salahnya. Cuma rasanya untuk terus kuburkan idea berniaga kerana serik ... tidak harus terjadi.
Apa yang pasti, jika kita jatuh, kita perlu bangun semula & belajar daripada kesilapan. Jatuh kita hanya membawa kematian jika kita tidak menyediakan safety net! Jadi sebelum mula meniti, pastikan kita sudah ada contingency plan.
Saya pernah menasihatkan forumer tentang dilema beliau untuk berhenti kerja atau tidak ... dan nasihat saya: teruskan dengan pekerjaan anda (walaupun bukan itu pilihan saya sendiri). Mengapa? Kerana keadaan kita mungkin tidak serupa. Tanggungan kita berbeza, sistem sokongan kita berbeza, skala perniagaan online yang ingin diceburi berbeza, keinginan kita untuk berniaga juga mungkin berbeza. A mungkin hanya ingin cuba-cuba, B pula mungkin beriya-iya. Tepuk dada tanya selera.
Yang penting, apa sahaja kita usahakan biar bersungguh-sungguh dan berilmu. Tidak amanah sekiranya kita mengabaikan pekerjaan pejabat kita untuk berniaga online kerana kita tetap dibayar gaji bulanan. Jika ingin berniaga online secara serius ... fokus ... jangan separuh masak, hasilnya bakal separuh masak juga. Jika takut tidak mampu menampung keluarga, maka buatlah perancangan perniagaan setelitinya. Pastikan anda buat kertas kerja perniagaan anda. Bukan untuk memohon dana semata-mata, tetapi untuk lihat prospek perniagaan anda, bagaimana aliran wang perniagaan anda, best-case to worst-case scenario. Anda tidak rugi menghabiskan banyak masa di dalam proses perancangan, berbanding kerugian lebih banyak masa dan wang kemudian hari dek kurangnya ilmu anda di dalam perniagaan yang anda sendiri pilih.
Saya kongsi sedikit sebanyak rangka Pelan Perniagaan (Business Plan):
1.0 Ringkasan Eksekutif
2.0 Latar Belakang Syarikat
3.0 Produk & Perkhidmatan Yang Ditawarkan
4.0 Perancangan Pengurusan & Pentadbiran
5.0 Analisa Pasaran & Persaingan
6.0 Perancangan & Strategi Pemasaran
7.0 Perancangan Operasi
8.0 Perancangan Kewangan
9.0 Kesimpulan
Lampiran2
- sijil pendaftaran
- portfolio (jika)
- apa2 yang relevan dengan perniagaan
Jika perniagaan kita masih dilambung ombak setelah pelbagai persediaan dibuat, maka bersabarlah & berusaha lebih keras - restrategize mana-mana patut. Di sinilah pentingnya para usahawan lain, kaum keluarga saling bantu-membantu ... hari ini kita bantu orang yang memerlukan, esok lusa, mungkin roda berputar pula. Jangan ketawakan atau perlekehkan usaha seseorang peniaga ... berjaya, biar bersama :)
Q & A

JAWAPAN: Terpulang kepada skala perniagaan online anda, jika besar ... PASTI TIDAK CUKUP!

JAWAPAN: Terpulang kepada skala perniagaan online anda, jika besar ... salah satu perlu dikorbankan. Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran!

JAWAPAN: Mampu jika anda all-out berniaga online, berniaga jujur & sudi belajar dan aplikasi tip dan trik berniaga di internet.

JAWAPAN: TIADA JAMINAN ... jika berniaga se'selamat' dan semudah itu, pasti semua orang berniaga sekarang ni. Kita tidak dapat lari dari risiko, tetapi kita perlu bijak meminimumkan risiko dan kesannya.
Just my two cents :D

Patutkah berhenti kerja?? Big Question Mark! Big Decision! kena fikir betul-betul... It's good to have a target .. timelines ... and a strategic plan ... we can definetely do it if others can! Malaysia boleh!! he! he!
ReplyDelete