Mr A
Kerjaya: Ahli Politik
Avatar: Joker
Nick: KainPelikat
Mrs B
Kerjaya: Pengurus Syarikat
Avatar: Orlando Bloom
Nick: gadis_jelita
Ms C
Kerjaya: Pelajar Universiti
Avatar: Garfield
Nick: mr_incredible
Tiada yang mustahil di alam siber!
![]() |
source image: hdwallpapersyouneed.com |
Dunia internet Web 2.0 telah berganjak dan membawa gelombang besar baru di mana setiap insan boleh mempunyai kuasa cukup besar, walaupun bersembunyi di sebalik avatar dan nick. Saya pernah menyebut tentang Web 2.0, dan mungkin wajar saya ceritakan lebih lanjut mengenai konsep ini di dalam posting khas nanti. Letak tepi dulu perinciannya. Anda hanya perlu tahu bahawa menerusi konsep Web 2.0 ... setiap pelayar internet tidak lagi sekadar pemerhati, tetapi penyumbang utama kepada kandungan sesebuah laman web. Bagaimana? Melalui aplikasi laman sosial (MySpace, Facebook), ruangan forum dan group (Google Groups, Yahoo Groups), blog (Wordpress, Blogspot), dan lain-lain laman web yang menyediakan platform untuk pelawat menyumbangkan bahan seperti gambar (Flickr), video (YouTube), mp3 lagu (Project Playlist) mahupun produk (eBay, Lelong, My1Stop).
Ini gelombang masakini ... sama seperti apa yang melanda dunia SMS. Pertandingan nyanyian misalnya pasti kurang mendapat sambutan jika diadili oleh panel pakar semata-mata. Orang mahu terlibat sama! Maka kekal popularlah konsep yang digunapakai Akademi Fantasia dan yang sewaktu dengannya kerana khalayak merasakan mereka mempunyai bahagian di dalam rancangan tersebut ... memberi impak ... mempunyai kuasa. Jika dulu sekadar seorang individu yang tidak relevan (di dalam bidang tersebut), kini menjadi penting dan memberi kesan!
Paling bermakna ialah apabila siapa anda di dunia fizikal TIDAK PENTING - anda tidak mempunyai sijil yang berkaitan, anda tiada commercial value, anda berpenyakit, anda kurang skil, kurang keyakinan diri ... TAK PENTING! Kerana hanya anda tahu siapa anda sebenarnya dan khalayak internet dan SMS tidak!
Kelebihan gelombang ini ialah ... bank ilmu khalayak berkembang melampaui sempadan sijil, kroni, dan nasib. 'Bakat-bakat terpendam' lebih mudah menyerlah. Lihat sahaja bagaimana penyanyi jalanan yang berbakat menggunakan saluran YouTube untuk mengetengahkan bakat. Lihat bagaimana begitu banyak penulis berbakat di alam blog yang begitu kreatif dan kritis di dalam artikel dan komentar mereka. Anda tidak perlu lagi mengharap kepada bilangan penyanyi yang dicungkil bakat oleh komposer, atau penulis yang bukunya berjaya diterbitkan, atau professor yang dijemput memberi komentar di kaca TV ... bilangan ini kecil.
Kekurangan ...
Apabila berinteraksi di alam maya, kewujudan kita juga maya - diwakili nick & avatar. Dari sini, bergitu banyak ruang untuk kita memalsukan identiti:
- Anda mungkin Britney Spears di dunia sebenar, dan menjadi ihatepop di dunia maya, membuat promosi di yahoo group mengatakan anda telah beli album baru Britney dan ia jauh lebih hebat daripada album Christina Aguilera.
- Anda mungkin usahawan yang menghasilkan sos pasta jenama baru, dan menjadi peterpan5, memberi komen di dalam suatu blog bahawa sos pasta jenama terkemuka mengandungi cebisan daging babi atau keluaran Yahudi.
- Anda mungkin undi dalam suatu poll sebagai HangJebat semalam, SkyWalker hari ini, dan Mrs_Pitt2 esok.
Anda bebas mengatakan apa sahaja, apa cara sekalipun (untung jika tidak dicantas Moderator) ... kerana anda boleh 'cuci tangan' selepas itu.
Kesan lain termasuk fitnah yang lebih mudah disebarkan, kritikan tidak berlapik yang mudah dihamburkan kepada mana-mana individu, tidak kiralah Professor Emiritus, Yang Berhormat, atau kerabat Raja sekalipun - mereka tidak terkecuali daripada menerima carutan!
Dan jika anda cuba tampil alim memberi peringatan kepada pencarut-pencarut ini ... mengingatkan mereka tentang batasan agama, anda pasti dikecam dan mungkin juga mendapat gelaran 'tok sheikh' atau 'pak lebai'. Mana tidaknya ... anda upset perbincangan mereka yang sedang makin hangat dengan gosip. Mereka tidak perlukan ceramah anda ketika itu. Anda potong stim!
Mengapa sesetengah artikel atau komen begitu tidak beradab?
Begini ... tentu anda biasa ketemu pemandu kereta-kereta mewah (kita sedang bicara mengenai tokeynya) yang memandu penuh biadap. Mereka ini mungkin peguam atau CEO syarikat, tapi mentaliti mengalahkan mentaliti penjual CD cetakrompak! Mengapa di pejabat mereka begitu professional dan disegani, tetapi tidak di jalan raya? Kerana di jalan raya, mereka Anonymous!
Saranan saya kepada kita semua (saya bukanlah pengguna internet paling beretika) ...
- Jangan bertukar daripada Dr Jackal kepada Mr Hyde sejurus anda login dengan nick anda
- Jangan merasakan anda tidak perlu bertanggungjawab terhadap bahan/coretan anda di internet kerana merasakan nick anda bukan anda
- Jangan mempoyokan sesuatu yang baik dan meng'cool'kan sesuatu yang tidak baik
- Jangan mengatakan saya poyo kerana menulis artikel ini kerana saya sekadar berkongsi :P

perhh dah canggih betul setting/mode blog ni la, congrats... real canggih (nak belajar buat la.. nak klik apa...?)
ReplyDeleteThx bro, gi google cari free blogspot template ... sure ade punye, tp ada yg senang apply, ade yg banyak kerja skit. Dun worry, dorang siap kasik guide camna nak apply template. Dah renovate 'rumah' nnti jgn lupa buat housewarming!
ReplyDelete