BABY BARU
Macam dah terlupa apa perasaannya tidur yang selesa lagi nyenyak sbb dah bertahun-tahun kehidupan hectic begini. Maklumlah, jarak antara anak2 kecil. Lepas satu baby ke satu baby :) Bertungkus-lumus di siang hari dengan pelbagai urusan kerja dan keluarga, buat programming melewati tengah malam, kemudian tidur diselang-seli dengan tangisan baby & rengekan budak. Pagi pula, mahu tak mahu, perlu bangun awal, perlu juga siapkan anak ke sekolah. Dengan rutin sebegini, makanlah banyak manapun ... badan pasti tak naik! Tetapi kegembiraan keluarga kami kini x 5!!!
KETAGIHAN BARU
Untungnya dlm bidang kerja virtual, sejurus pulang dari hospital melahirkan anak kelima (hari ke-2 berpantang) saya dah boleh kembali bekerja (periksa email/jawab pertanyaan pelanggan & sambung dengan kerja2 naiktaraf My1Stop) dalam keadaan santai sambil melayari Facebook. Dahulu, saya berFB sekali-sekala sahaja, tetapi tempoh berpantang telah memberi ruang untuk saya lebih kerap berFB - barangkali ini sahajalah aktiviti santai yang bersifat individu yg saya lakukan .. hrm ... itupun diselitkan dengan urusan promosi & networking untuk perniagaan, dan biasanya dibuat ketika server tengah down atau muatturun/naik mengambil 'berkurun' lamanya, atau terpaksa surfing dengan satu tangan - alang2 memegang baby. Tanpa FB, all work & no play makes Cwynire a dull mommy! FB memang ubat stress yang mujarab, tetapi perlu disertakan dengan disiplin diri :)
![]() |
Pengasas Facebook |
IMPIAN YANG SAMA
Selain menerima ahli keluarga baru dan peningkatan sambutan terhadap baby yg lagi satu (My1Stop), tak banyak yang berubah. Cita2 yang dipasang hubby & saya kekal sama. Cuma kini lebih seronok melihat apa yg didrafkan dulu semakin nampak hasilnya. Saya masih ingat menjelang 'kelahiran' My1Stop dulu. Hubby (the thinker) telah banyak mencorak konsep My1Stop, dan tanggungjawab menterjemahkan segala idea tersebut kepada 'fizikal' terletak di bahu ini. Betapa sakitnya badan & kepala (macam mengandung juge). My1Stop akhirnya selamat dilahirkan Januari 2006. Bayangkan cabarannya untuk mempromosi laman web yang tiada siapa tahu, tidak pula berbekalkan modal yang lumayan sebagaimana dilakukan syarikat2 gergasi.
Agak berani-mati juga cuba menghasilkan laman web seserius My1Stop yang melibatkan penggunaan shopping cart & pelbagai aplikasi yang digunapakai orang awam. Hubby pula sering tampil dengan idea2 bernasnya yang membuatkan saya pening kepala memikirkan 'oh great, now how do i do that???!'. Cabaran yang kadangkala diiringi dengan dengusan di luar, tapi senyuman di dalam ... kerana saya suka cabaran sebenarnya!
Saya telah memilih untuk membangunkan sendiri aplikasi mengikut acuan sendiri dan tidak menggunakan open source software yang ada - alhamdulillah, pilihan yang rasanya cukup baik memandangkan ia memudahkan kerja2 integrasi dengan sistem unik My1Stop dan boleh pula diolah menjadi apa sahaja yang terfikir dek kepala ni seperti mengerjakan tanah liat. Jadi My1Stop tidak terkongkong dek sistem orang lain. Namun begitu, cabarannya ialah menjadikan sistem sendiri ini mempunyai daya saing yang tinggi ... dan pelbagai perkara telah dipelajari melalui pengalaman, sebagaimana seorang bayi yang baru bertatih.
Di dalam pelan perancangan perniagaan kami, kami membayangkan My1Stop terus meletup-letup seperti goreng pisang panas (haha) ... namun realitinya, ia bergerak sangat perlahan di peringkat awalnya ... perlahan sehingga timbul resah & kecewa di dalam dada. Pada satu ketika, kami terpaksa memilih untuk mengalihkan fokus kepada perniagaan lain bagi meneruskan kehidupan. Perniagaan online kelihatannya ketika itu, indah khabar dari rupa.

Apapun, pastinya kami tidak boleh cepat berpuas hati. Sambutan yang bertambah terhadap My1Stop menyemarakkan lagi semangat untuk upgrade My1Stop menjadi produk yang lebih baik, kekal unik dan sangat berguna, dan harapnya sehingga ke tahap ia amat diperlukan ... insyaAllah. My1Stop Crews ... let's make it happen!
0 comments:
Post a Comment