Bagaimana Mengelakkan Penurunan Trafik untuk Bukan Blogger Tegar

by Thursday, August 19, 2010 0 comments
Akhirnya berjaya juga tukar appearance blog ni, walaupun mungkin masih akan tercari-cari masa untuk menulis post2 baru nanti. Maklumlah ... dahla sibuk dengan kerja & family, kena pulak menulis artikel2 untuk blog My1Stop. Jadi sekarang, artikel2 berguna untuk usahawan (yang lebih serius) akan dikekalkan sebagai original post di sana manakala artikel2 lebih relaks (tapi insyaAllah berguna) akan diparking di sini.
Kali ni, saya ingin berkongsi daripada pengalaman sendiri tentang bagaimana untuk mengelakkan blog anda daripada sepi tak berpelawat walaupun tanpa post baru, agar anda sekurang2nya mampu mengekalkan trafik dan rank blog anda (jika tidak melonjakkannya) walaupun anda ada minimum masa untuk berblog.

image source: neatoshop.com

Saya pernah baca beberapa artikel tentang tips untuk menjana trafik blog dan rata-ratanya menggalakkan penulisan yang kerap secara berkala. Saya pasti ramai blogger lain juga sedang struggle untuk maintain trafik kerana kesibukan dan mungkin tiada idea untuk kerap menulis. Saya sendiri mempunyai laman web lain yang lebih utama untuk dijana trafiknya & tiada masa untuk menulis secara konsisten walau satu artikel sebulan sekalipun! Namun blog ini telah dibuka sejak 2005 pada ketika blogging itu sendiri masih asing bagi kebanyakan orang & terlalu istimewa untuk dibiarkan tenggelam. Ia platform research & knowledge-bank untuk My1Stop.com.my sebelum My1Stop mempunyai blog rasminya sendiri. Jadi seperti anda, saya terpaksa memikirkan cara untuk blog ini menjaga trafiknya sendiri dengan usaha minimal.

Terus-terang, saya sendiri terperanjat apabila mengintai rank blog ini dari masa ke semasa ... walaupun ia tidak tinggi mana, tetapi ia kekal 'bergetar pada kedudukannya' tanpa saya menulis sebarang post baru selama berminggu-minggu mahupun berbulan-bulan. Baca apa yang telah saya lakukan ...


1) Menulis lebih banyak artikel2 berguna berbanding artikel2 merepek

Artikel2 sebegini akan kekal mendapat 'permintaan' dan statistik menunjukkan ia telah membantu menarik pembaca menerusi search results spt Google & Yahoo. Artikel berguna tidak semestinya terlalu serius. Saya sendiri menerima banyak kemasukan ke blog dari post2 seperti Creamy Carbonara, Dibo the Gift Dragon & the Stone Soup & Dilema ingin Berniaga Online - Patutkah Berhenti Kerja?, selain artikel2 berkaitan keusahawanan yang masih santai seperti Pemasaran E-mail dan artikel2 mengenai penggunaan My1Stop sebagai platform perniagaan terbaik bagi usahawan.

2) Menawarkan langganan RSS Feed blog anda

Anda jelas tidak mempunyai masa untuk membuat pemasaran untuk blog anda. Jadi jalan paling bijak untuk tidak hilang trafik ialah dengan menggalakkan pelawat blog anda melanggan content blog anda. Ini membolehkan mereka sentiasa tahu bila anda menambah post baru tanpa perlu memasuki blog anda & jika ada tajuk2 yang menarik, mereka boleh dengan mudah klik tajuk tersebut untuk terus ke blog anda.

Butang RSS Feed
RSS Feed merupakan sistem langganan content yang anda harus sediakan untuk pelawat2 anda! Tidak semua theme blog menawarkan link 'subscribe RSS Feed'. Jika theme pilihan anda tidak mempunyai link RSS Feed mudah untuk pelawat anda, anda boleh menyediakannya sendiri samaada dalam bentuk link text biasa atau button seperti di atas. Berikut adalah panduan URL RSS Feed bagi Blogger (untuk feed wordpress, klik di sini):

Feed penuh blog:
  • Atom 1.0: http://NAMA_BLOG_ANDA.blogspot.com/feeds/posts/default
  • RSS 2.0: http://NAMA_BLOG_ANDA.blogspot.com/feeds/posts/default?alt=rss
Feed untuk komen sahaja:
  • Atom 1.0: http://NAMA_BLOG_ANDA.blogspot.com/feeds/comments/default
  • RSS 2.0: http://NAMA_BLOG_ANDA.blogspot.com/feeds/comments/default?alt=rss
Feed untuk kategori/label tertentu:
  • Atom 1.0: http://www.NAMA_BLOG_ANDA.blogspot.com/feeds/posts/default/-/KATEGORI_PILIHAN
  • RSS 2.0: http://www.NAMA_BLOG_ANDA.blogspot.com/feeds/posts/default?alt=rss/-/KATEGORI_PILIHAN
Contohnya, feed untuk kategori 'online business' bagi blog ini ialah http://cwynire.blogspot.com/feeds/posts/default/-/online%20business

3) Menulis artikel atau mengepilkan bahan di dalam bahasa Melayu & Inggeris

Penyelesaian sesuai bagi mereka yang tiada masa berblog tetapi mahukan trafik berterusan kerana ini tidak akan membataskan trafik anda kepada satu2 kelompok sahaja.

4) Plug-in aplikasi statistik seperti Statcounter atau Google Analytics & sentiasa semak statistik & rank blog untuk mengetahui perkembangan trafik

Jika terlalu sibuk, anda hanya perlu menulis ketika statistik menunjukkan penurunan ... masa untuk post artikel baru & cipta sebab untuk anda panggil semula sahabat & subscribers anda ke blog anda. Malah ia akan menaikkan kedudukan blog anda di blog2 lain yang mengepilkan blog anda di Blogroll mereka.

5) Menggunakan widget yang boleh menambah keyword untuk blog anda 

Sedar atau tidak, anda boleh menumpang keyword yang terhasil daripada widget 3rd-party yang anda gunakan untuk kebarangkalian dijumpai di keputusan carian Google atau Yahoo yang lebih tinggi! Saya sendiri pernah memasuki blog hasil carian di Google untuk sejenis produk kesihatan, dan akhirnya mendapat tahu bahawa produk tersebut merupakan output daripada widget My1Stop yang digunakan blog tersebut. Widget katalog My1Stop yang memaparkan katalog pelbagai produk & perkhidmatan peniaga2 serata Malaysia mampu mengayakan blog anda dengan keyword2 kompetitif kerana output yang terhasil adalah text biasa yang boleh di-crawl oleh enjin carian.

6) Menyertakan aplikasi/widget sharing ke laman2 sosial spt Facebook, Twitter, StumbleUpon, Digg & Reddit

Bukan sahaja anda & pelawat blog anda sendiri boleh dengan mudah post link anda ke platform2 ini, malah ia dapat dikongsi-lanjut ke rangkaian demi rangkaian ... seperti penyebaran virus. Anda sepatutnya mula berjinak-jinak dengan laman2 sosial selain Facebook & Twitter kerana memiliki link di Digg, StumbleUpon & Reddit boleh meningkatkan trafik dari luar negara & setiap satu portal ini mempunyai kelebihan tersendiri.

Contohnya, StumbleUpon menggunakan sistem surfing by topic of interest. Jika anda telah menyenaraikan blog anda di dalam kategori 'Fashion', blog anda akan 'dicadangkan' kepada jutaan pengguna StumbleUpon yang subscribe kepada kategori tersebut & ini membawa masuk pelawat kepada anda dari masa ke semasa. Ini berbeza dengan Reddit & Digg yang telah terbukti menaikkan trafik blog dengan lebih tinggi tetapi hanya untuk tempoh yang sementara. Jadi hantarkan URL artikel2 atau video dan imej yang mempromosi blog anda (secara tidak langsung) & bukan URL blog, supaya anda mempunyai sebab untuk post ke kedua-dua laman sosial ini dari masa ke semasa untuk trafik yang berterusan.

Ingin tahu bagaimana untuk meletakkan Button Share, Bookmark & Facebook LIKE di setiap post blog anda? Baca "Bagaimana Meletakkan Button Share, Bookmark & Facebook LIKE di Blog Anda"

Cwynire

Author

Co-founder of Carwin Solutions and My1STOP Virtual Shopping Mall @ http://www.my1stop.com.my

0 comments:

Post a Comment