Saya tidak mahu menulis mengenai kesemua isu lama orang kita seperti hasad dengki, malas, suka jalan pintas untuk mencapai sesuatu, yang kerap dikaitkan dengan orang Melayu, tetapi ingin menyentuh mengenai masalah yang berkaitrapat dengan keusahawan orang kita, iaitu kurang keyakinan diri dan bagaimana saya melihat ia banyak berkaitan dengan kerosakan yang telah dilakukan oleh penjajahan British dan gerakan Illuminati di dalam aspek pemikiran. Ya, kita rasa Jepun dan Komunis cukup kejam, tetapi bukankah British yang telah melakukan kerosakan terhebat?
MENTALITI YANG DIJAJAH
Saya tertarik untuk berkongsi dengan anda artikel blog mengenai Alter Terahsia Bangsa Melayu yang banyak membicarakan teori2 asal-usul bangsa Melayu. Artikel ini agak panjang & komplikated, dan saya tidak galakkan anda ambil bulat2 – ia sekadar hipotesis2. Tetapi artikel ini banyak memberi semangat kepada saya dan memberi suluhan yang sewajarnya untuk saya lebih fahami krisis identiti orang Melayu dan (kemungkinan) punca2 mengapa Melayu, memiliki sifat2 negatif tertentu, sebagaimana yang pernah dicoretkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Pendeta Zaaba. Selesai membaca artikel tersebut, saya tambah yakin bahawa bangsa Melayu adalah bangsa yang hebat dan telah diletakkan di dalam acuan tertentu oleh Inggeris agar tidak sekali-kali menjumpai kekuatan sendiri. Pastinya kekuatan utama kita adalah pada agama kita.
KONSPIRASI
Sejak menyelongkar pelbagai bahan berkaitan hal2 Iluminati, saya semakin nampak perkaitan antara pelbagai isu, pelbagai kejadian, dan semakin percaya bahawa buku Sejarah dan dokumentari Sejarah yang kita baca dan lihat tidak wajar dipercayai begitu sahaja. Begitu banyak konspirasi di dalam kehidupan kita semua sejak zaman dahulu lagi sehingga kita telah membesar di dalam dunia yang dikuasai oleh ’puak yang lebih maju’ ini ... dikuasai dari hampir segenap aspek. Paling parah ialah apabila yang dikuasai itu ialah minda kita. Peristiwa serangan 11/9, JFK, Holocaust contohnya bukan sahaja diragui orang kita, malah puak mereka sendiri. Cari sahaja di internet, anda akan jumpa begitu banyak keluhan orang mereka sendiri yang kecewa dengan penemuan demi penemuan yang begitu masuk logik akal. Mereka rasa ditipu oleh orang sendiri.
Kalau nak disebut satu per satu kemungkinan konspirasi dari yang dahulu kepada yang semasa, rasanya berjela artikel ini & saya barangkali bukan penulis yang sesuai untuk membincangkan setiap satu ini. Saya sendiri takut nak mengupas isu2 ni secara mendalam – boleh jadi bahaya :) Cuma yang ingin saya ketengahkan di sini ialah kesan langsung dari penjajahan Inggeris yang saya percaya didalangi gerakan di atas, telah jauh menyimpangkan kita daripada potensi sebenar kita.
KURANG PERCAYA PADA SEJARAH BERTULIS
Kita telah dilatih untuk melihat Inggeris sebagai penyelamat. Kita telah diajar dari sekolah lagi bahawa British telah membawa masuk teknologi dan membantu kita merdeka. Tapi apa yang tidak ditulis dalam buku-buku teks kita ialah bagaimana mereka telah membawa ideologi yang telah merobek-robek jatidiri dan kekuatan orang kita secara paling halus. Kita korbankan cara kita, identiti kita sedikit demi sedikit. Paling sedih apabila kekuatan utama kita, yakni agama kita diletak tepi2 lantas menjadi lebih liberal. Kita telah berikan apa yang sebenar2nya mereka mahu.
MASALAH KEYAKINAN DIRI
Saya melihat masalah keyakinan pada bangsa sendiri sebagai berpunca daripada ketidakyakinan pada diri sendiri. Kita tidak percaya kita boleh lakukannya, jadi kita rasa orang lain yang ’sama seperti kita’ tidak mungkin boleh melakukannya. Benarkah kita lebih skeptikal terhadap produk baru keluaran sendiri berbanding keluaran baru ’puak yang lebih maju’ ini? Adakah kita memberi peluang kepada usahawan tempatan dan membuat penialaian dahulu, atau pantas saja memilih produk luar? Adakah minda kita masih dijajah?
Usahawan pula perlu tanya pada diri sendiri jika kita telah berusaha cukup kuat untuk boleh bersaing dengan produk luar, atau adakah kita asyik ingin menggunakan sentimen ’produk orang kita’ untuk meraih sokongan. Jika minda kita bebas jajahan, maka kita akan yakin yang kita ’mampu buat’ dan tidak memerlukan sentimen2 sebegini. Kita saling ingat-mengingati, ya.
Apabila usahawan kita dikatakan kurang yakin dengan kemampuan sendiri dan bangsa sendiri, saya percaya ia berpunca daripada virus yang telah ditanam mereka pada orang kita sejak sekian lama. Ia penyakit minda yang kita perlu rawat dan buang daripada segenap lapisan orang kita, agar mentaliti kita bebas jajahan ... agar kita mampu keluarkan potensi sebenar kita, insya-Allah.
Masalah Keyakinan Diri dan Penjajahan Mentaliti
Cwynire
AuthorCo-founder of Carwin Solutions and My1STOP Virtual Shopping Mall @ http://www.my1stop.com.my
Negara telah lama merdeka, tapi minda kita masih terjajah.
ReplyDeleteAda baca yang mereka jajah kita, bukannya sebab nakkan kekayaan bumi kita semata-mata ... yang lebih penting, mereka nak lemahkan pegangan kita. Dari awal lagi ia sentiasa berkaitan dengan agama.
ReplyDeleteKekuatan orang Melayu kerana iman. Sebab tu mereka sanggup buat apa sahaj untuk merosakkan iman kita. Melalui, media, makanan, etc.
ReplyDelete