BUKAN SUPER-HUMAN
Selaku seorang manusia biasa, kita hanya mampu berikan 100% di dalam kehidupan kita. Jika kita memberikan 60% kepada urusan peribadi dan keluarga, maka kita hanya ada 40% untuk kerjaya dan selebihnya. Apa akan jadi jika kita sangat kiasu di dalam pekerjaan dan memperuntukkan lebih peratus kepada kerjaya? Pastinya peratus untuk ibadah, keluarga & sebagainya semakin kecil, kerana kita bukan super-human!
Jadi saya kembali tertanya2 ... bagaimana para ibu yang begitu sukses di dalam kerjaya mereka, travel ke sana ke mari atas dasar kerja, pergi kerja awal & pulang lewat malam ... apakah tidak terjejas masa mereka bersama keluarga? Apakah sedikit jam di dalam sehari dan 'masa berkualiti' itu sememangnya memadai untuk perkembangan anak2 & hubungan rapat ibu & anak? Saya memikirkan keadaan bagi kes2 tertentu, terutamanya bagi ibu2 yang hanya dapat mengunjungi anak2 di hujung minggu atau lewat malam. Bagi kes sebegini, tugas2 keibuan terpaksa diserahkan kepada pihak lain seperti pembantu, ibu sendiri, tempat asuhan, dsb. Saya tertanya2 apakah formula mereka kerana di dalam keadaan saya sekarang yang menjaga anak2 sambil membuat kerja, saya sedang struggle ... saya dapati saya tidak mampu memberikan yang terbaik, terutama dari aspek keibubapaan, dan saya kecewa.
Saya memahami terdapat keadaan tertentu di mana wanita diperlukan untuk bekerja - untuk mengisi ruang pekerjaan yang 'perlu ada wanita' seperti pakar sakit puan, perguruan, perbidanan, dsb, dan untuk membantu suami menampung kehidupan keluarga yang terdesak. Namun begitu, apabila wanita memberikan peratus yang lebih besar dalam kehidupannya untuk kerjaya sedangkan bekerja itu hanya sekadar untuk lebih mewah, atau untuk membuktikan yang 'wanita juga boleh buat apa yang lelaki boleh buat', sehingga tanggungjawab keibuannya terpaksa diserahkan pula kepada pihak ketiga, bukankah ini mampu menggugat kestabilan sistem kekeluargaan?
Seperti alam yang sudah diciptakan Allah cukup sempurna, kemudian diusik2 oleh manusia atas nama kemajuan, tetapi tidak pula dibuat dengan berpada2, pastinya menyebabkan pelbagai bencana. Kebiasaanya, ibu2 yang lebih cenderung mengorbankan diri untuk kerjaya berbanding keluarga akan bersifat defensive mengatakan keadaan keluarga mereka amat baik, hubungan dengan anak2 amat baik ... tetapi betulkah ini bukan kata2 'menyedapkan hati'? Jika anda adalah golongan ini yang benar2 boleh melakukannya (lebih masa & keringat untuk kerjaya, tetapi masih mampu menjalankan peranan anda sebagai ibu & isteri dengan baik), sila kongsi resepi kejayaan anda dengan saya ... saya memerlukannya!
APAKAH DEFINISI WANITA HEBAT
Adakah wanita perlu buktikan yang wanita boleh lakukan apa sahaja yang lelaki boleh lakukan (sebagaimana yang sering dilaung2kan oleh tokoh2 wanita tertentu)? Bagi saya, TIDAK perlu. Bidaslah kata2 saya ini tetapi saya tidak merasakan dengan berjaya menjawat jawatan tinggi di tempat kerja dengan menghabiskan begitu banyak masa untuk kerjaya, sedangkan urusan keibuan diserahkan kepada orang lain menjadikan wanita itu 'wanita hebat'. Adakah adil untuk kita katakan bahawa wanita yang menjadi CEO sebuah syarikat sedangkan anak2nya terjerumus di dalam masalah sosial adalah lebih hebat daripada seorang surirumah sepenuh masa yang berjaya mendidik anak2 menjadi anak2 yang soleh/solehah yang cemerlang secara keseluruhannya? Normanya, kita akan kata "tidak adil", tetapi adakah ia benar2 lahir dari hati? Adakah kita sebenarnya masih memandang rendah kepada golongan surirumah sepenuh masa tanpa kita sedar, dan mengagung2kan golongan wanita korporat?
Bukankah tanggungjawab wanita yang sudah berkahwin itu #1 adalah anak2 & suami, dan mencari nafkah itu adalah tanggungjawab utama lelaki? Adakah kita mengatakan formula ini tidak lagi relevan untuk zaman ini ... dan tidakkah itu menyumbang kepada lahirnya generasi mat rempit, penagih, samaada golongan miskin mahupun kaya? Saya tidak mahu menjadi 'wanita besi' jika ia bermaksud saya terpaksa korbankan apa yang seawajarnya diperolehi oleh anak2 dari ibunya. Saya tidak mahu korbankan saat2 manis ibu dan anak sewaktu anak2 sedang membesar dan hanya merenung kembali ketika ia sudah terlewat & anak2 sudah mula memiliki kehidupan mereka sendiri.
Saya masih mencari formula menjadi seorang ibu cemerlang dan mengharapkan agar kerjaya saya kini tidak sesekali menggugat peranan saya sebagai seorang ibu & isteri. Kerana apa saja formulanya, hasil yang diinginkan adalah anak2 yang soleh/solehah, yang cemerlang & rumahtangga yang bahagia dan dirahmati Allah.
Easier said than done.. bila pendapatan suami memang dijangkakan akan berada pada paras tetap dan kita yang berada pada kedudukan yang terpaksa bergerak ke hadapan untuk masa depan anak2. Kita akan cari jalan. Usaha, doa, tawakal. The rest wil goes just fine.
ReplyDeleteEasier said than done kan. Apapun keadaan, stabiliti perlu ada & akan dicapai jika wanita & lelaki mainkan peranan masing2. Bermakna wanita apabila perlu bantu suami dr segi kewangan, perlu sedaya-upaya tidak mengorbankan peranan utama selaku ibu & isteri. I selalu fikirkan masalah 'cannot cope' ni temporary je, sementara anak2 masih kecil dan biz masih baru nak naik ... kiri kanan memerlukan. Tapi utk survive moment ni lah yg sangat mencabar. "Usaha, doa & tawakal, the rest will be fine" ... thank you for your calming advice :)
ReplyDeleteAku punya prinsip satu jek, asal anak aku jadi anak soleh, tak nyusahkan orang lain itulah kejayaan hidup dia yang sebenar dan kejayaan kita mendidik mereka.
ReplyDeletePandai atau tidak, pangkat besar atau tidak, itu terlalu subjektif. Kenapa aku fikir camtu? Sebab aku taknak anak aku rasa apa rendah diri semata-mata kerana dia tak achieve certain bench mark yang masyarakat tentukan.
Very inspiring one.. Always.. :) Kalau cari mesti jumpa kan.. wishing you all the best.. may be hebat tu tak semestinya sempurna kan.. Everything comes with package.. nak jadi butterfly yg cantik kena struggle kua dari cocoon dulu kan.. Just a mere example from me yg baru nk idup hehe.. May Allah bless us.. Amiin.. :)
ReplyDeletePurpleLilac, you'll be a great Mom insya-Allah. Hrm betul ... hebat tak semestinya sempurna sbb mana ada manusia yg sempurna kan. Rasanya kita cenderung stress lebih2 sbb nak achieve perfection.
ReplyDeleteMarDiah ... about the 'benchmark yg ditentukan masyarakat', benda2 tuh i tak berkenan betul. Macamkan jadi Doktor, Peguam, Arkitek, Engineer, Lecturer, Pegawai dan sepertinya ... barulah dikira 'wow, berjaya'. Kalau selain drp pekerjaan2 professional yg biasa ni ... ibubapa risauke nak beritahu saudara-mara apa yg anak2 mereka buat (as a living)? Seems unfair.
ReplyDeleteyou're already a super woman! Who else can be a wife, do house chores, cooking, fully babyfeed, raise 5kids while developing, maintaining, doing R&D for a leading e-commerce site which no one ever come up with! even guys cant do thatcomis
ReplyDeleteCik kiut, I am NO superwoman ... hence why I wrote the above article :) Dok cari formula utk berjaya manage dgn baik kedua2 family & kerjaya ... esp bila berniaga full-time & biz online lak tu, jd tak mudah nk dpt dana ... bila lebihkan masa utk family, maknanya, kurang produktiviti dlm kerja. Nasib baik ada 'a few good men' e.g. trexkiut yg memahami & banyak membantu :)
ReplyDeleteHabis tu camna ... lebihkan kerja dgn alasan 'ia untuk kebaikan anak2 juga'? Hrm ... takut kesal kemudian hari.
sy penah terbaca, utk seorang isteri dan ibu, 10 tahun pertama adalah masa utk beri perhatian penuh kepada keluarga i.e suami dan anak2..
ReplyDeletemmg susah utk ibu2 yg cuba nak work at home mcm kita..kdg2 rasa frust sebab tau yg byk kita boleh buat tapi dikekang dgn tggjwb pada kuarga..
in life, in order to achieve something, there's something bigger that need to be sacrificed, and personally rasanya buat masa ni yg sanggup saya korbankan bukan masa dan perhatian pada anak dan suami..sbb itu adalah tanggungjawab kita sebagai isteri dan ibu, yg akan disoal di akhirat kelak..we can achieve it all, but we just can't have it all, all at the same time..
insyallah kalau itu mmg rezeki dan ganjaran yg tuhan nak bagi di dunia ni utk kita, bila anak2 dah besar nanti pon kita masih boleh capai apa yg kita hajatkan dari segi kerjaya dan kepuasan diri :))